Wednesday, July 15, 2009

Save The Cheerleader, Save The World

6th - 19th July 2009

I've realized how much my English composition has improved ever since my blog was set up for the first time. Recently the results of my trial exams is only 40% particularly for the Bahasa Malaysia subject. This is a warning sign that I must buck up my efforts as my STPM is just around the corner in a few more months. Maybe now is the time for me to start paying more attention towards my Malay-ness. Therefore from now on, I will post articles in my blog by using only the national language until the month of December. Hope you guys don't mind too much because of my below average proficiency in Malay =/


Harimau Lembik VS Syaitan Merah


18hb Julai, 5.30 petang, pasukan bola sepak Manchester United akan melawan pasukan kebangsaan kita. Walaupun saya menyokong Manchester United dengan sepenuh hatiya, namun saya berasa amat kecewa bahawa pasukan ini yang berkaliber tinggi ingin datang ke M'sia untuk 'membuli' pasukan negara saya. Adalah ketara sekali betapa teruknya standard pasukan M'sia. Apa yang lebih saya hairan ialah kebanyakan penonton rakyat M'sia akan menyokong pasukan yang akan membelasahi negara mereka sendiri. Ini menunjukkan tahap semangat patriostisme rakyat kita terhadap tanah airnya.

Malah ahli pemasaran yang mempromosikan perlawanan tersebut telah habis menjualkan tiket untuk penonton menyaksikan sesi latihan Syaitan Merah (The Red Devils). Bagaimana pula dengan tiket untuk menyaksikan sesi latihan pasukan Harimau (The Tigers)? Saya dengan mengandaikan bahawa satu tiket pun masih belum dijual. Inilah hakikat yang mencerminkan iman rakyat terhadap pasukan kebangsaan mereka sendiri.


Cuba bayangkan jika anda berada dalam keadaan ahli pemain negara kita. Setiap penonton yang hadir untuk perlawanan tersebut, bersorak untuk pihak lawan pula. Kalau saya mestilah motivasi saya hendak bermain dengan semangat terjejas. Di samping itu, saya juga akan berasa amat kecewa. Lebih baik saya duduk dalam rumah daripada memalukan diri saya di depan beribu-ribu rakan senegara sendiri, kan? Tetapi itulah realiti yang akan berlaku pada 18th July. Tujuan pasukan bola sepak M'sia didirikan adalah untuk kalah sahaja.


Faktor psikologi memainkan peranan yang penting dalam pretasi para atlet kerana ia boleh membezakan antara menang dengan kalah. Atlet yang bermoral tinggi pastinya akan memberikan persaingan yang hebat. Manakala atlet yang motivasinya rendah pula pasti akan mudah mengalah kerana dia tidak mempunyai semangat nak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Maka, untuk penonton rakyat M'sia menghulurkan sokongan mereka kepada pasukan negara sendiri adalah sangat penting supaya ahli pemain pasukan M'sia kita akan berlawan bermati-matian.


Contohnya, kita boleh melihat negara Korea Selatan semasa Piala Dunia FIFA 2002 diadakan di Japan/Korea Selatan. Adakah anda boleh melihat sekurang-kurangnya seorang di negara-negara tersebut, khususnya rakyat Korea Selatan memakai jersi negara lain untuk menunjukkan sokongan mereka? Langsung tiada seorang pun! Sebaliknya setiap rakyat Korea Selatan akan memakai jersi pasukan kebangsaan sendiri yang melambangkan cinta terhadap tanah air mereka. Akhirnya, pasukan Korea Selatan berjaya memasuki sampai peringkat separuh akhir dalam pertandingan tersebut. Tengok betapa hebatnya sokongan moral boleh membantu seorang para atlet menunjukkan peraksiannya yang hebat sekali;



Perlawanan dengan Togo semasa peringkat kelayakan


Perayaan atas kemenangan dalam peringkat suku akhir dengan Sepanyol


Bandar Seoul semasa perlawanan dengan Germany dalam peringkat separuh akhir


Penyokong meneriakkan "Daehan Minguk" (Korea secara formal)


"Terima kasih rakyat atas sokonganmu!"


"Kami memerlukan bantuan anda untuk menghadapi musuh. Sokonglah M'sia!"


Memenuhi kewajipan anda sebagai anak M'sia atau membuat sebuah kelab asing lebih kaya? Pilihannya terletak di tangan anda.


Saya bukannya seorang patriotik, sebab saya sudah memutuskan untuk melanjutkan pelajaran saya ke negara lain selepas STPM berakhir. Jesteru itu, saya akan memohon kewarganegaraan di negara tersebut lepas tamat pengajian saya. Jadi buat apa saya nak sokong pasukan bodoh yang korup dari segi perkauman & agama? Tengoklah gambar pasukan M'sia sekali lagi;

Bukan pasukan M'sia, tetapi pasukan Me-Layu


Saya tidak percaya langsung bahawa tiada seorang Cina, India & lain-lain pun yang tidak pandai bermain bola sepak. Tak sangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga dipraktikkan di bidang sukan. Sebab itu saya mesti berhijrah ke negara yang lebih adil, saksama & amanah supaya saya boleh diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan saya tanpa sebarang diskriminasi. Negara itu ialah;


Ooh Kanada, awak membuat saya terpegun ~





O Canada!
Our home and native land!
True patriot love in all thy sons command.
With glowing hearts we see thee rise,
The True North strong and free!
From far and wide, O Canada,
We stand on guard for thee.
God keep our land glorious and free!
O Canada, we stand on guard for thee.
O Canada, we stand on guard for thee.

O Canada!
Land of our forefathers
Thy brow is wreathed with a glorious garland of flowers.
As is thy arm ready to wield the sword,
So also is it ready to carry the cross.
Thy history is an epic of the most brilliant exploits.
Thy valour steeped in faith
Will protect our homes and our rights
Will protect our homes and our rights.


Yes I know. I've stated in my previous post that I'll be staying in M'sia to study in a university locally. Well, I change my mind!


At least I won't get arrested for singing the national anthem while holding a candle in Canada!




"Tegas, Adil & Berhemah" ;)





































No comments:

Post a Comment