Thursday, July 23, 2009

No Woman, Don't Cry

20th - 26th July 2009

Bahan-bahan yang aliran media utama pasti tidak akan menyiarkan untuk tontonan umum;






Saya telah membuat keputusan untuk menyertai 5 acara maraton dalam tahun ini. Kini saya mahu fokus sahaja terhadap 4 acara maraton yang akan diadakan dalam 4 minggu berterusan ini dari Julai tengah hingga awal Ogos manakala acara kelima akan diadakan di sekitar Oktober. Di bawah adalah pendahuluan kepada acara-acara tersebut;



Olympic Day Run, 12hb Julai


Jog for Hope Charity Run, 19hb Julai


International Golden Towerthon, 26hb Julai


adidas King of the Road, 2hb Ogos


Worldwide Festival of Races, 10hb-11hb Oktober



Acara-acara ini adalah setakat sahaja yang akan saya sertai. Jika terdapat lebih acara maraton dalam masa depan, pastinya saya tidak akan teragak-agak mendaftar diri sendiri untuknya. Sebelum anda membuat anggapan, sila fahamkan ini bahawa saya tidak langsung suka berlari. Bagi saya, larian adalah sukan kedua yang paling bosan sekali selepas golf. Saya lebih gemar untuk bermain sukan kesayangan saya, iaitu bola sepak. Namun begitu, anda memerlukan persetujuan daripada 10 monyet yang lain untuk bermain & dan membentuk sebuah pasukan. Dalam dunia ini, dimana saya boleh mencari individu yang berminat untuk menyertai pasukan saya terutamanya pemain-pemain yang bagus?

Maka, lebih baik saya menyertai sejenis sukan lain yang melibatkan seseorang individu sahaja iaitu berlari sejenak ini. Saya bukannya mahu melakukan kerja ini demi menyeksakan kaki sendiri dengan andaian saya tidak ada kerja lain nak buat. Sebaliknya saya berbuat demikian untuk meningkatkan peluang saya untuk memasuki universiti-universiti yang bertaraf dunia khususnya institusi-institusi yang menawarkan kursus Sains Sukan.

Kursus yang unik seperti ini memerlukan bukti fizikal seperti sijil atau pingat yang boleh mengesahkan bahawa saya pernah menjadi aktif dalam acara-acara sukan. Tidak mengapa kalau saya tidak dapat memenangi pingat atau hadiah dalam acara-acara diatas. Yang paling penting adalah apabila saya sampai ke garisan akhir , saya berharap untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sijil atas usaha keras saya menghabiskan larian bodoh tersebut. Ya sijil adalah benda yang paling berharga kepada saya. Tanpanya, saya tidak dapat membuktikan diri saya kepada penemu duga universiti bahawa saya pernah melibatkan diri dalam acara-acara sukan.

Aku sebenarnya bercadang untuk memberi M'sia satu peluang lagi untuk menyedarikan aku bahawa masa depan & rezeki masih boleh dicari di tanah air sendiri, tetapi berita terkini telah menyebabkan aku tidak tahan lagi. Aku rasa mual melihat gambar di bawah;


Kematian Teoh Beng Hock


I'm sad really. Not only because I am convinced that he was murdered but also the unbearable torment that Teoh's fiancee & his family has to endure. If you, the young high school students think that breaking up with your girlfriend/boyfriend is painful, try putting yourself in the shoes of Teoh's family as well as his fiancee, Soh Sher Wei. Your small petty breakup is nothing compared to the pain of Soh's! She's pregnant for two months now & suppose to marry Teoh on the same weekend of his unfortunate death. Just imagine your soulmate, who is suppose to marry you in the following day. Everyone is talking how lucky you are to marry such a person. You've been dreaming with enthusiasm on how life will turn out to be like after marriage. But all this sheer joy were taken away from you in a blink of an eye! And yet kids (teenagers) nowadays, especially high school girls will come complaining to me that their boyfriend had dumped them while bitching about life been cruel to them as if like it's the end of the world! Tsk youngsters, they don't know how to count their blessings ~



Tunang Teoh, Soh mengatakan bahawa dia sangat merindui beliau & berjanji untuk mendidik anak mereka bagi pihaknya. Kebanyakan penghadir menangis apabila mendengar pernyataan tersebut. Saya juga menangis, sumpah.


Hasil penterjemahannya;

明福,你没有任何的交代匆匆的离开了我,
Beng Hock. You left me so suddenly without any messages.

你说我们还有很多事还没完成,
You said we have so many things we have yet to do together

有很多地方很想去,
There are a lot of places we were suppose to visit

你还说这一辈子的路都会陪我一起走下去的,
You said you would accompany me all the way

现在的我该怎么办呢?
Now, what should I do?

怎样才能再见到你呢?
How can I see you again?

我的脑海里一直都想著你,
I think of you constantly.

念著你……我只要你回来,回来我的身边……
I'm thinking of you... I want you to come back, come back to my side...

这几天我一直都在等你,
Over the past few days, I keep waiting for you

但是却让我失望了,
But it has been a disappointment.

我只想知道你现在过得好不好,痛不痛……?
I just want to know if you are alright, are you in pain...?

请你别让我等那么久好吗?就让我再见你一次,一次就好。
Could you not keep me in waiting? Let me see you once. Just once is enough.

当哭泣以及呼唤都无法叫醒你的时候,
When my tears and shouts are unable to wake up you,

我已不能不相信你已永远的离开了我。
I have no choice but to believe that you have left me forever.

再多的不舍今天还是要与你告别了。
Today, I still have to say goodbye.

我答应你,我会好好的活下去。
I promise you, I will lead a proper life.

但是,你一定要在我身边陪伴我,陪我一起照顾他。
But, you must promise to be beside me, and raise (the child) with me.

明福,虽然今世我与你的缘分已尽了。
Beng Hock, our journey in this life has ended.

但是我希望,如果有下一辈子的话,我很想与你再继我们今生的缘分。
But I hope, if there is a next life, I really hope that you can I can continue our journey.

你安心上路吧,愿你安息。
May you rest in peace.


"The corrupt politicians say, "Where is your God now?" When I look for Him in the north, He is not there. When I look for Him in the south, He is not there. Neither He is in the west or east. I've realized that God has already left M'sia a long time ago..."


A sarcastic statement from Marc ~





Air Mata
Baba Zain

Air mata teman setia
engkau tak pernah mungkir

dalam genggaman sepi kurungan duka

dalam kebenaran yang diterima
gugur seperti embun dingin dari gelap jiwa.


Andainya pada malam hari

menangis seorang lelaki

air mata adalah saksi

kejujuran pengakuannya

air mata tak bisa mungkir

apabila keikhlasan menjemputnya.


Andainya pada subuh sunyi

menangis seorang wanita

air mata adalah nabi

datang dengan bibir suci

mengucup deritanya

air mata tak bisa mungkir

apabila ia tak lagi berpura.


Air jernih mengalir ini

tak akan membantu senyuman

ia sampai sempadan yang memisahkan

kegelapan dalam diri

dan senyum pada wajah.


Air mata memberi kita kesempatan

untuk menemui diri

sebagai suami yang penyayang

atau isteri yang setia

sebagai lelaki yang lemah

atau wanita yang berdosa.



Puisi di atas adalah penghormatan kepada tunang Teoh, Soh. Semoga beliau yang telah meninggal dunia dapat berehat dengan aman.


"God, forgive those who have sinned against you, for they do not know what they are doing. But please burn the murderers of Teoh in hell, for they know what they are doing yet unremorseful"


A selfish yet noble prayer from Marc ~







































No comments:

Post a Comment